Tuesday, October 12, 2010

12/10/10 Selasa (mendung)

Hari ini saya tidak sempat masuk kelas untuk menerangkan perkembangan projek. Sesuatu telah berlaku dan menyebabkan Saya berasa sangat marah + kecewa. Ini adalah kerana perkara senang yang saya hendak pelajar saya buat mereka tidak dapat selesaikan.

Saya tertanya-tanya, apakah permintaan untuk mereka melibatkn diri dalam perkhemahan selama 3hari 2malam SAHAJA merupakan sebuah perkara yang susah?

Saya faham, mungkin ada diantara mereka yang tidak biasa dan takut untuk menyesuaikan diri dengan pelajar-pelajar dari sekolah lain. Tapi, takut atau tidak suka bukan alasan yang munasabah.

Menjadi seorang yang selalu tidak berani menerima cabaran tidak akan menjayakan seseorang itu. Segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah adalah mempunyai tujuannya. Tujuannya supaya pelajar dapat bergaul dengan masyarakat yang berlainan. Menyediakan diri seseorang untuk menghadapi kehidupan masa hadapannya. Jikalau setiap aktiviti tidak bertujuan, maka apa sebabnya para cikgu bertungkus-lumus memikir, merancang, membuat persediaan dan banyak lagi? Apakah cikgu-cikgu tidak tahu apa itu maksudnya letih? Saya berharap pelajar yang paling tua ini dapat faham.

Saya berasa sakit hati apabila melihat cikgu-cikgu penat merancang tetapi pelajarnya dengan senang menolak tanpa berfikir. Janganlah menjadi "pak turut"! Ada seorang yang tidak mahu, maka semua juga tidak mahu...tanpa berfikir dengan sendiri.

勇于接受挑战才是迈向成功的秘诀,而不是永远找借口,给理由。。

凡事做什么决定都要考虑后果。。

如果有苦衷就要当面说出来。。
有事就好好商量,而不是一句“我不去!”就可以了。。

惹了人家生气再来道歉有时候是弥补不来的。。
请大家好好反思今天的过失。。

2 comments: